Scotty McCreery Juara Baru American Idol
27 Mei 2011
0
comments
Los Angeles, 26 MEI 2011: Dengan rekod 122.4 juta undi diterima pada malam final, majoriti rakyat Amerika telah bersepakat memilih Scotty McCreery sebagai idola baru mereka menerusi rancangan pencarian bakat paling popular, American Idol musim ke 10 (AI10), sebentar tadi.
Berlangsung di Nokia Theatre di Los Angeles, McCreery, 17, telah menewaskan Lauren Alaina, 16, pada malam final yang menyaksikan pertembungan dua finalis termuda dalam sejarah American Idol.
Scotty juga adalah peserta kedua berusia 17 tahun diiktiraf juara selepas Jordin Sparks, pemenang American Idol musim ke-6.
Scotty pada malam gemilang persembahan itu telah menyampaikan lagu pilihannya sendiri, Gone nyanyian asal Montgomery Gentry selain dua lagi lagu iaitu Check Yes or No (George Strait) serta lagu yang dicipta khas untuknya, I Love You This Big.
Lauren pula menyampaikan lagu Flat on the Floor nyanyian asal (Katrina Elam) diikuti lagu Maybe It Was Memphis (Pam Tillis) dan Like My Mother Does (Kristy Lee Cook).
Musim ke 10 American nyata unik kerana dianggap yang terbaik dalam tempoh 10 tahun penyiarannya. Selain undian tertinggi dalam sejarah pada malam final, jumlah keseluruhan undi sepanjang musim juga telah didedahkan oleh hos, Ryan Seacrest iaitu sebanyak lebih ¾ billion, juga yang tertinggi dalam sejarah penerbitan rancangan realiti TV berkenaan.
Ini sekaligus mengetepikan suara-suara yang menyatakan musim ke 10 American Idol tidak akan dapat mencapai kegemilangan seperti musim-musim sebelumnya. Antara faktor utama timbul pelbagai kritikan bahawa AI10 akan memasuki zaman suram, ialah kerana pemergian Simon Cowell, pengkritik paling 'berbisa' dalam American Idol.
Namun, dengan percapaian terbaru ini, ianya sekaligus membuktikan American Idol masih lagi diterima rakyat Amerika, malah dengan kejayaan yang lebih hebat dari sebelumnya. Kehebatan AI10 juga telah diserikan dua orang juri baru, iaitu Jennifer Lopez dan vokalis Aerosmith, Steven Tyler. Randy Jackson membuktikan dia adalah juri paling setia dengan program ini apabila terus kekal untuk musim ke 10.
Malam final AI10 dimulakan dengan persembahan 13 peserta utama AI10 menyanyikan lagu Lady Gaga, Born This Way. Peserta-peserta yang tersingkir juga diberi peluang membuat persembahan individu sebelum pentas diambil alih kedua-dua finalis untuk membuktikan kehebatan mereka.
-----------------------------------------------------------------------------------
LOS ANGELES: Scotty McCreery bergelar pemenang program nyanyian American Idol musim kesepuluh (AI10) selepas menewaskan pesaingnya Lauren Alaina pada pentas akhir yang berlangsung di Nokia Theatre, di sini, Rabu.
Persaingan sengit dua peserta yang memperjuangkan genre muzik country itu menyaksikan McCreery mengetepikan Alaina dengan undian sebanyak 122 juta.
"Saya tidak pernah menjangkakan langsung. Saya perlu berterima kasih kepada Tuhan terlebih dulu... Dia yang menyebabkan saya berada di sini," kata remaja berusia 17 tahun yang sinonim dengan ton suara yang besar dan dalam.
McCreery dan Alaina,16, juga merupakan dua peserta paling muda yang pernah bertanding dalam sejarah AI.
Pada pertandingan itu, Alaina yang mengalami kecederaan serius pada peti suaranya tetap berjaya mempersembahkan vokal yang memukau yang mendapat pujian daripada barisan juri.
Bagaimanapun, McCreery yang tidak pernah berdepan risiko penyingkiran sepanjang kempen musim ini berjaya menewaskan Alaina kerana populariti yang dimilikinya.
McCreery adalah juara lelaki keempat program realiti itu selepas. Kali terakhir AI dimenangi oleh peserta wanita adalah pada musim 2007 menerusi Jordin Sparks.
Jumlah undian keseluruhan untuk musim ini mencecah 750 juta, seperti yang diumumkan oleh pengacara program itu Ryan Seacrest.
McCreery berduet dengan bintang country Tim McGraw dalam lagu Live Like You Were Dying, manakala juara musim keempat, Carrie Underwood kembali ke pentas AI apabila berduet dengan Alaina untk lagu Before He Cheats.
Pada malam Selasa, Alaina menyampaikan lagu Flat on the Floor, Maybe It Was Memphisdan Like My Mother Does. McCreery pula menyampaikan lagu barunya I Love You This Big, Gone dan Check Yes or No.
Penyanyi Beyonce dan Tony Bennett antara artis yang membuat persembahan pada malam keputusan itu. - AP